Sunday, March 20, 2011

KEREPEK PISANG - QRISPEE

Assalamualaikum w.b.t.,

Kerepek pisang RBR jenama QRISPEE sudah bermula di peringkat percubaan.. Bulan April 2011 akan mula di pasarkan. Terima kasih kepada En. Norman dari MARDI, Cik Adila dan rakan-rakan dari Jabatan Pertanian.

KEREPEK PISANG VERSI BARU AKAN BERMULA.









FASA 1 LADANG KONTRAK BERMULA- Terima Kasih Kepada Peserta

Assalamualaikum w.b.t.
Selasa 15.3.2011, ambil benih pisang berangan 2,000 pokok dari TRSB. Mula tanam Rabu 16.3.11 petang 300 pokok. Khamis tanam lagi 700 pokok, Jumaat 17.3.11  lagi 700 pokok. Baki 300 pokok akan ditanam pada selasa / rabu 23.3.11, tanam di nerseri baru di Mampong.

TERIMA KASIH KEPADA PESERTA LADANG KONTRAK,

Hari ni Ahad 20.3.11 persiapan untuk buat nerseri baru di Mampong..

BENIH PISANG BERANGAN



PISANG KACUKAN - PSG. NANGKA + PSG. TANDUK.









Sunday, March 6, 2011

LADANG KONTRAK 2011 / 2012.

Assalamualaikum w.b.t.

MARI SERTAI LADANG KONTRAK.
RBR VALLEY sekarang memulakan program LADANG KONTRAK 2011 / 2012 khusus untuk tanaman PISANG bagi memenuhi permintaan pasaran bermula tahun 2011 / 2012. Pasaran SASARAN adalah seperti berikut :
1) Gerai Buah-Buahan,
2) Pusat Jualan Hasil Ladang RBR VALLEY,
3) FAMA,
4) Kilang Kerepek RBR VALLEY.

SYARAT PENYERTAAN:
1) Terbuka kepada yang berminat.
2) Umur 18 tahun dan keatas.

PERLAKSANAAN LADANG KONTRAK:
1) RBR VALLEY akan melaksanakan dan menjalankan ladang para peserta berdasarkan lot yang dibeli oleh  
    PESERTA.
2) 1 Lot LADANG KONTRAK bernilai RM5,000.00. Bilangan pokok bagi 1 lot ialah 500 pokok.
3) KEUNTUNGAN akan diberikan kepada PESERTA ialah sebanyak 200%.
4) Tempoh KONTRAK ialah 2 TAHUN.
5) BAYARAN tahun pertama ialah RM 5,000 dan tahun kedua ialah RM 5,000.
6) Bayaran dibuat pada setiap hujung tahun mengikut tempoh pelaburan.
7) Untuk sessi 2011 / 2012 penyertaan minima ialah 1 lot dan maksima 100 lot.

PENGIRAAN KOS LADANG KONTRAK UNTUK 1 LOT.


1. Kos ladang -     1 Pokok                = RM      10.00
                      - 500 Pokok                = RM 5,000.00
--------------------------------------------------------
   Jumlah Kos                                    = RM 5,000.00
=====================================

DOKUMEN DIPERLUKAN.
1. Salinan Kad Pengenalan.
2. Gambar 2 keping bersaiz passport.

BAGAIMANA INGIN MENYERTAI LADANG KONTRAK.
1. Sila SMS Nama  dan Alamat yang lengkap ke no. 017-3784248.


PERKEMBANGAN SEMASA DAN PERANCANGAN 2011 / 2012.
1. Perlaksanaan LADANG KONTRAK  pisang .
2. Tanaman Betik 'sekaki / Hong Kong' ( Sudah mula ditanam).
3. Tanaman cili api 'Bara' (sudah ditanam dan juga sedang di semai).
4. Tanaman cili api 'Akar' (Kontrak dengan Malaysian Biospice-sedang diuruskan).
5. Tanaman serai 'ABU' (Kontrak dengan Malaysian Biospice - sedang diurusakan).
6. Tanaman Mangga (seluas 3 ekar - hasil pertama 2011).