Saturday, November 13, 2010

Perkembangan Terkini di Kg. Perigi Jernih dan Kg. Penajis.

Kebun Di Perigi Jernih Rembau:
Hari Selasa, 9.11.10, Jam 10.30 pagi, Jab. Pertanian Daerah Rembau diselia oleh Cik Asilah bagi kapur untuk kegunaan kebun.


Hari Selasa, 9.11.10, Jam 3.30 ptg, Jab. Pertanian Daerah Rembau diselia oleh Cik Adila datang melawat kebun Perigi Jernih.
















Hari Khamis, 11.11.10, Pembinaan infrastruktur ladang yang pertama bermula.2 buah perigi telah siap dibina.






Hari Jumaat,12.11.2010 Pegawai Jab.Pertanian Daerah Rembau, Cik Adila akan mengaturkan untuk membuat ujian kandungan air dan tanah untuk mengetahui kesesuaiannya, dijadualkan pada minggu hadapan.

Kebun Di Kg. Penajis Rembau:
Hari Selasa, 9.11.10, jam 6.30 ptg. Jumpa Cikgu Rani & Cikgu Hj.Mazlan di Kebun Pisang, Batu Kikir untuk ambil sarung pembungkus tandan pisang (12 kg warna biru). Sempat juga belajar teknik memotong jantung pisang yang betul, tempoh sesuai untuk menuai hasil, pengurusan ladang yang baik dll. Terima kasih cikgu. Balik dr. Batu Kikir terus ke Kg. Pulau di Labu, Nilai untuk ambil benih cili bara yang sudah lama disemai,  hantar ke Kebun di Kg. Penajis. Balik ke rumah persinggahan di Seremban Jaya jam 2.30 pagi.

 Cikgu Rani..















Hari Rabu, 10.11.10, kerja membungkus tandan pisang sudah dimulakan.

MZ_MZ dan Adi.



 



Benih cili bara sedia untuk ditanam...




No comments:

Post a Comment