Showing posts with label Stevia d'RBR. Show all posts
Showing posts with label Stevia d'RBR. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

cili padi vs stevia di Perigi Jernih

Assalamualaikum, tanaman cili padi sedang diusahakan di tapak asal cadangan tanaman stevia disamping tanaman pisang, betik, ubi kayu untuk kerepek, dan vernonia amygdalina. Stevia akan ditanam secara khusus di tanah bersebelahan seluas lebih kurang 5 ekar dan sedang dirunding semula untuk penyediaan budget yang lebih sesuai kerana melibatkan kos permulaan yang tinggi tetapi lebih menguntungkan dari jangka panjang... Ladang stevia yang dicadangkan sedang ti timbangkan untuk menggunakan sistem seperti gambar-ganbar di bawah....












Thursday, January 27, 2011

Stevia d' RBR

Assalamualaikum, berikut adalah perkembangan terbaru program tanaman stevia.

23hb.1.2011. Program KOWARIS , PERLADANGAN DAUN MANIS, RBR VALLEY dan Masyarakat Tempatan di Taman Desa Permai, Rembau- Majlis Pelancaran dan Penyerahan Benih Stevia...

AHLI PANEL ..TERDIRI DARI WAKIL KOWARIS, PERLADANGAN  DAUN MANIS, PERSATUAN IBU TUNGGAL, PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA PERMAI DAN  KG. PENAJIS REMBAU.









SAMBUTAN AMAT MENGGALAKKAN DARI PENDUDUK REMBAU.



Perkembangan lanjut berkaitan projek tanaman stevia di RBR VALLEY akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sokongan semua pihak amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, Wassalamualaikum..

Saturday, December 11, 2010

Stevia d' RBR

Assalamu'alaikum w.b.t.,
Berikut adalah perkembangan berkenaan Projek Stevia bersama KOWARIS.
1. 7/12/2010 - Sesi pertemuan dengan penduduk Kg. Penajis, Rembau, Negeri Sembilan untuk program BHG.(Bumi Hijau Growers).Lokasi pertemuan ialah di rumah Dr. Siti Hawa.
2. Perancangan untuk 'Pilot Project' di Kg. Perigi Jernih , Rembau, Negeri Sembilan untuk program K-Farm.
3.Gambar - gambar bertarikh 7/12/2010 berikut disertakan untuk tatapan / rujukan semua. 


KOWARIS BERSAMA PENDUDUK KG. PENAJIS REMBAU





POKOK  STEVIA



PRODUK DARI STEVIA









LOKASI KEBUN UNTUK 'PILOT PROJECT' DI KG. PERIGI JERNIH



Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga apa yang dirancang dan diharapkan bakal menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Amin. 

Wednesday, November 24, 2010

Stevia d' RBR

Assalamualaikum, di waktu awal pagi ini saya sempatkan juga untuk menitipkan sedikit perkembangan terbaru dari kebun...Cadangan untuk menanam STEVIA sudah masuk ke fasa pertama iaitu lawatan dan perbincangan di kebun oleh pihak SteviaMalaysia dan Koperasi KOWARIS BHD. Semoga titik mula ini bakal menjadi pemangkin untuk perlaksanaan Projek Tanaman Stevia pada skala yang lebih besar.. Semoga Berjaya, Insya Allah.

Lawatan di Kebun Perigi Jernih, Rembau.



Lawatan Di Pusat Operasi SteviaMalaysia di Pedas.





(Terima kasih kepada semua yang terlibat.. laman ini akan dikemaskini sedikit masa lagi)